saya tahu mesti ramai yang akan berkata bahawa hari ibu sudah lepas dan sekarang menanti hari bapa. tapi saya mahu juga bercerita tentang hari ibu. maklumlah , baru sebentar tadi saya ber-pesanan ringkas dengan kawan saya. dia telah meluahkan perasaan dia apabila dia telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya . apabila dia berkongsi masalah dengan saya , dan menyentuh mengenai ibu .. saya terus berasa sedih , saya seperti mahu menitiskan air mata pada saat itu juga tetapi apakan daya, saya berada di kedai makan waktu itu. hal ini merupakan satu isu yang agak sensitif bagi saya. saya mungkin tidak merasa kehilangan kerana masih mempunyai kedua-dua ibu bapa tetapi saya dapat merasakan yang kawan saya itu sangat memerlukannya . disebabkan dia seorang anak bongsu dan mungkin juga rapat dengan ibunya . pengalaman yang dia cerita pada saya telah meyedarkan saya betapa bertuahnya saya kerana masih mempunyai seorang ibu untuk membimbing saya dan memberi saya tunjuk ajar . menegur kesilapan diri dan mengawal pegerakan saya setiap hari . ibu jugalah yang sanggup menghabiskan masa dengan membebel hanya untuk melihat saya berjaya . mungkin ada segelintir yang asyik menyalahkan ibunya kerana tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada dia . tolonglah faham keadaam ibu anda , bukan hanya dia seorang yang perlu memahami anda tetapi anda juga perlu memahami perasaam dia . dia mesti gembira apabila anda dapat membantu dalam memudahkan kerja harian dia . doa ibu pasti makbul untuk diri anda , ibu mempunyai darjat yang tinggi , hormatilah ibu anda , sayangilah dia :)
saya terfikir macam perasaan kawan saya semasa menghadapi kesukaran menerima berita pemergian orang yang dia sayang . berita yang mengejutkan memang tak lari dari dalam kehidupan seharian kita . semasa dia cerita dengan saya , dia ada menyatakan dia tidak boleh belajar kerana selalu ibunya ada untuk dia . saya macam sangat sangat sedih . saya cuba meletakkan diri saya di tempat dia , adakah saya bole tabah melalui semua itu ? adakah saya boleh teruskan apa yang saya lakukan ? ya Allah ~ kuatkan lah hati hambamu ini . walaupun saya tidak merasa apa yang kawan saya merasa tetapi saya tidak tahu kenapa saya sangat sedih . setiap pesanan ringkas yang dia hantar kepada saya mengenai ibunya , saya sangat sedih .. tapi saya nak tahu semua , saya nak selami perasaan seorang insan yang sudah kehilangan ibu . saya bertambah sedih apabila setiap kali ada perkara yang mak suruh saya atau kakak atau adik saya buat tetapi kami tidak melaksanakan , mak mesti cakap macam ni "mak baru minta tolong sikit , tak nak buat .tak pe la , nanti bila mak dah tak ada , jangan la asyik nak ingat je ape yang mak suruh buat dulu" ~ saya sedih laa . hati seorang ibu itukan lembut , sebab itu lah dia mudah terasa dengan perlakuan kita . apabila saya sudah mendengar cerita dari kawan-kawan saya , saya rasa bertuah mempunyai seorang ibu yang sporting dan cool macam saya *joke sikit .. jgn sedih sangat :)
sampai sini lah saya nak cakap , sudah tak dapat ku bendung air mata ini HAHA ~
yang pasti iloveyousomuch, mak :)
you're my everything ..

No comments:
Post a Comment